Sunday 25 December 2011

cinta remaja alaf baru




“senario sekarang tampak remajalah yang paling memerlukan ‘cinta’ untuk melengkapkan hidup mereka berbanding zaman dulu. Malah, budaya berpegangan tangan telah menjadi suatu kemestian bagi yang bercouple.
Oleh itu, bagi golongan perempuan, elakkan berpegangan tangan kekasih sebelum masih belum ada ikatan yang halal. Inilah puncanya mengapa seorang perempuan tidak dapat mengawal kekasihnya daripada melakukan sesuatu yang diluar batas agama. Agama islam tidak menghalang umatnya bercinta. Percintaan adalah keperluan dan fitrah manusia, namun pelaksanaannya hendaklah tidak terpesong daripada jalan yang benar.
”saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita sya, cantik betul! Sungguh !! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari- jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemati kami tak boleh saling membantu di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik! sungguh!! Sebab tu saya belikan dia tudung. Bukan sebab saya cemburu nanti orang lain dapat tengok tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot sampai bila-bila. Takut nanti dibakar dek api neraka di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta.

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya. Solid betul. Sungguh!! Sebab tu saya belikan dia telekung supaya masa  ‘dating’ Kejasih dia yang Utama, dia jaaaaaaaauh lebih cantik dan berseti ketika menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya sedih tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu jugak. Si dia Tanya apa ubatnya,bang? Saya pun bagi tau dia yang al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga dia cintakannya lebih dari saya.

Saya memang saying sangat kat dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia,cinta secant-cintanya. Cinta yang abadi dengan berdating di syurga kerana disitulah tempat kekal selama-lamanya..
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf- menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami agar dapat kekal selama-lamanya di syurga nanti. Amin!

No comments:

Post a Comment