Sunday 25 December 2011

muzaakiraat



Rasulullah s.a.w bersabda: “ barangsiapa yang menyeru kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala orang yang melakukan kebaikan tersebut tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka dia akan mendapat dosa sebanyak mana diperoleh mereka tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun” (H.R. Muslim)
Atas sebab inilah orang-orang ‘alim dan ulama’ serta mereka yang faham agama tak henti-henti berdakwah dan berpesan-pesan tentang perkara kebaikan kepada anak-anak, para remaja dan masyarakat sehingga menjadi orang Islam yang baik. Ganjarannya di sisi Allah akan mendapat pahala tidak terkira banyaknya dan hanya Allah sahaja yang mengetahui kiraannya. Dan pahala dari usaha dakwah ini akan berterusan selagi mana amalan kebaikan itu dilakukan sehingga hari kiamat.
Jadi, alangkah baiknya jika ilmu-ilmuagama dapat dihebahkan kepada orang lain melalui pelbagai cara seperti fotostat, sms, blogging, vlogging, nasihat dan lain-lain. Kerana insyaallah kita akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Jangan berlengah-lengah dan segan-segan. Segala perbelanjaan dan usaha tenaga dalam usaha dakwah ini akan dianggap sebagai sedekah, maka akan berterusan pahalanya sehingga mati. Umpama menanam sebutir gandum yang menghasilkan 7 tangkai, setiap tangkai menghasikan seratus biji dan terus membiak hingga tidak terhitung banyaknya. Masyaallah…(rujuk surah al-baqarah ayat261) asalkan kita ikhlas dalam melaksanakannya kerana mencari keredhaan Allah. Akan tetapi, AWAS! Jangan menyebarkan ilmu yang boleh merosakkan masyarakat kerana perkara ini amatlah dikeji.
Kaum wanita juga perlu menyedari bahawa dengan mendedahkan auratnya ( berpakaian sendat, jeans ketat,di punggung, terdedah rambutnya dll.) setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandangnya. Tetapi yang beratnya adalah kepada si wanita kerana bukan hanya mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi dia juga akan meraih setiap dosa lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang akan diperolehinya hanya dengan membuka aurat pada satu hari. Ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang mbermaksudnya: sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikitpun kurangnya dosanya.( H.R. Ahmad)
Termasuklah dalam erti kata mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori membuka auratnya di hari itu, yang menyababkan lelaki melihatnya akan mendapat dosa. Pastinya si wanita itu akan mendapat dosa yang juga berlipat ganda..adakah hati sebegini boleh dikira baik setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya? Ramai wanita yang bertudung , tetapi tidak menutupi dada, berbaju ketat/ singkat dan berseluar sendatyang jelas menonjolkan alur punggung  juga dikira tidak menutup aurat dengan sempurna kerana ia masih mengundang fitnah dan menaikkan syahwat. Ayrat kaki juga tidak ditutup dengan kain yang labuh atau stoking.
Luqman al- hakim memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak mensyirikkan Allah. Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang syirik. Ini bererti, pendidikan tauhid mesti diajar fdan ditanam kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga dalam kalangan ibubapa  yang tidak mengetahui tentang tauhid.makna tauhid pun tidak tahu.siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya anak-anak generasi muda mudah tergelincir keimanannya?? Ada anak-anak mereka yang sempurna mendirikan solat lima waktu tapi dalam masa yang sama mendedahkan aurat di khalayak umum.maknanya akidah anak mereka masih belum cukup smpurna sebab ada ayat al-Quran yang telah menyentuh tentang aurat secara khusus tidak mereka patuhi. Sila rujuk surah an-ahzab ayat: 32 dan 59 ; surah an-nur ayat: 31)
Hal yang demikian tidak akan berlaku kecuali setelah setiap pendidik khususnya ibubapa membiasakan anak-anaknya mengingati Allah dalam setiap urusan. Ibubapa perlu mendidik anak-anak dengan member contoh teladan yang baik. Hentikanlah tabiat buruk yang ada dalam diri demi kebaikan anak-anak.  Misalannya kalau anak-anak selalu melihat bapanya yang kaki judi, kaki rokok, atau kaki belit tidak mustahil suatu hari nanti anaknya serta keturunannya akan mewarisi perbuatan ini. Tegarkah kita menanggung dosa yang terus- m,enerus bak mengalirnya air di sungai?? Tunjukkanlah sikap yang baik kepada anak-anak.
Para sahabat r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : “ kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan meninggalkan kemungkaran”. Maka nabi s.a.w. bersabda: “ serulah orang lain untuk melakukan kebaikan meskipun kalian masih belum mengamalkan semuanya serta cegahlah kemungkaran meskipun kalian belum menghindari semuanya.” (H.R.Tabrani)

No comments:

Post a Comment